Pengunjung Terengganu disaran lakukan saringan Covid-19 – Kosmo

Individu yang memasuki Terengganu terutama dari zon merah di seluruh negara disaran agar menjalani saringan Covid-19 di klinik kesihatan terdekat sebaik tiba ke negeri ini.

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, saringan Covid-19 berkenaan bukanlah mandatori.

Begitupun, beliau menjelaskan saringan berkenaan amat penting demi keselamatan kontak rapat mereka terutama dalam kalangan ahli keluarga sepanjang berada di negeri ini.

“Risiko atas diri mereka sendiri. Walaupun saringan (Covid-19) ini tidak diwajibkan, fikirlah yang terbaik jika sayangkan keluarga masing-masing.

“Pada masa masa, kita telah memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam terutama tumpuan ramai seperti Pasar Kedai Payang di sini,” katanya selepas melancarkan perkhidmatan Rawatan ke Rumah Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTSH) di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Alias menjelaskan penularan pandemik Covid-19 di Terengganu masih terkawal dengan 25 kes aktif telah direkodkan setakat ini.

Jelas beliau, kebanyakan kes tersebut melibatkan kontak rapat yang telah dikuarantin awal.

“Dua kes import pula membabitkan warga emas yang pulang ke Terengganu untuk dijaga oleh adik beradik mereka,” katanya. – K! ONLINE

Berita Penuh: https://www.kosmo.com.my/2020/12/14/pengunjung-terengganu-disaran-lakukan-saringan-covid-19/

Plan Your Visit

Select Your Doctor

Select Date & Time

Patient Information

Connect with Our Doctors

Search our network to locate the nearest medical experts ready to help.


Looking for a hospital-specific contact?

Whether you have questions, feedback, or need more information, feel free to write to us or complete the form below. Our team is ready to assist you.

KMI Healthcare Headquarters

Members of the media who are interested in interviewing the clinical professionals, researchers and other health experts at our KMI Healthcare can contact our Corporate Communications Department at kmi.corpcomm@tdmberhad.com.my or send your requests using our online Media Request Form.