TDM bakal tawar produk baharu berkaitan rawatan Covid-19 – Kosmo

Kumpulan TDM Bhd. yang memiliki empat rangkaian hospital di negara ini sedang membuat persiapan untuk menawarkan perkhidmatan baharu berkaitan rawatan dan pencegahan Covid-19.

KUALA TERENGGANU – Pengerusinya, Raja Datuk Idris Raja Kamarudin berkata, strategi itu bertujuan untuk mengembangkan lagi pertumbuhan pendapatan kumpulan selain mempelbagaikan lagi punca pendapatan bagi menghadapi cabaran dalam persekitaran ekonomi yang sukar kini.

“Perkhidmatan baharu itu akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-55 TDM di sini semalam.

TDM memiliki empat rangkaian hospital di Kuala Terengganu; Kuantan, Pahang, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor.

Selain itu, Raja Idris menjelaskan, prestasi anak syarikat kerajaan negeri Terengganu bagi suku pertama tahun ini agak memberangsangkan apabila masih mencatatkan pertumbuhan sebanyak tiga peratus.

“Sektor peladangan dan kesihatan yang diterajui TDM telah berjaya menyumbang pendapatan sebanyak RM107.8 juta pada suku pertama tahun ini.

“Ia peningkatan tiga peratus berbanding RM104.7 juta yang diperolehi pada suku tahunan sebelumnya,” jelas beliau.

Sementara itu, bagi sektor perladangan, TDM akan memberi tumpuan meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan kos pengeluaran yang disokong asas-asas jangka panjang,” katanya.

Berita Penuh: https://www.kosmo.com.my/2020/07/27/tdm-bakal-tawar-produk-baharu-berkaitan-rawatan-covid-19/

Plan Your Visit

Select Your Doctor

Select Date & Time

Patient Information

Connect with Our Doctors

Search our network to locate the nearest medical experts ready to help.


Looking for a hospital-specific contact?

Whether you have questions, feedback, or need more information, feel free to write to us or complete the form below. Our team is ready to assist you.

KMI Healthcare Headquarters

Members of the media who are interested in interviewing the clinical professionals, researchers and other health experts at our KMI Healthcare can contact our Corporate Communications Department at kmi.corpcomm@tdmberhad.com.my or send your requests using our online Media Request Form.