COVID-19: Kakitangan diuji negatif, TDMC beroperasi semula sejak semalam – BERNAMA

Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC) yang mengesahkan satu kes pesakit dijangkiti virus COVID-19 pada 5 Mac lepas, telah beroperasi semula secara penuh sejak semalam.

KUALA LUMPUR, 10 Mac – TDMC, antara rangkaian hospital di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare), dalam satu kenyataan menyebut bahawa pusat itu baru-baru ini telah menguji sejumlah 43 petugas penjagaan kesihatan (HCW) bagi COVID-19 dan hasil ujian bagi kesemuanya adalah negatif.

“Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan lanjut, enam petugas terbabit telah dikuarantin. Ujian nasofarinks telah dilakukan ke atas setiap kontak primer dan sekunder yang berinteraksi rapat dengan pesakit,” menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kenyataan itu menyebut bahawa ujian kedua akan dilakukan tidak lama lagi.

Pada 25 Feb, pesakit yang dimasukkan ke TDMC dilaporkan positif jangkitan virus itu pada 4 Mac dan hospital tersebut telah mengambil langkah segera dengan menutup semua bilik wad yang dijangkiti dan semua HCW yang berhubungan dengan pesakit dikenal pasti untuk tapisan.

“Pada 6 Mac, satu proses disinfeksi dan dekontaminasi telah dilaksanakan dengan jayanya di semua kawasan pesakit.”

“Ciri-ciri kerja mereka menyebabkan petugas penjagaan kesihatan berdepan risiko yang semakin meningkat serta boleh dijangkiti mana-mana penyakit berjangkit, termasuk COVID-19,” menurut kenyataan itu.

KMI Healthcare turut mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kakitangan, pesakit dan komuniti yang menerima perkhidmatannya.

— BERNAMA

Berita Penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1820207

Plan Your Visit

Select Your Doctor

Select Date & Time

Patient Information

Connect with Our Doctors

Search our network to locate the nearest medical experts ready to help.


Looking for a hospital-specific contact?

Whether you have questions, feedback, or need more information, feel free to write to us or complete the form below. Our team is ready to assist you.

KMI Healthcare Headquarters

Members of the media who are interested in interviewing the clinical professionals, researchers and other health experts at our KMI Healthcare can contact our Corporate Communications Department at kmi.corpcomm@tdmberhad.com.my or send your requests using our online Media Request Form.