PETALING JAYA – Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, TDM Berhad memberitahu, pengambilalihan melibatkan pelaburan berjumlah RM15 juta yang akan dibayar secara tunai. 

Jelasnya, urus niaga yang berada di peringkat akhir itu masih tertakluk kepada pemenuhan duluan syarat. 

Dalam kenyataan berasingan, KMI Healthcare memberitahu, HBR mempunyai kapasiti katil sebanyak 35 dengan lebih 20 tahun kehadiran di Klang, Selangor. 

Majlis pemeterian SSA telah diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin. Ia diadakan bersempena Persidangan Kualiti KMI yang dihadiri 100 pemain industri, diusuli majlis makan malam penghargaan untuk 200 pemegang kepentingan syarikat itu. 

Pengerusi TDM Berhad, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dalam kenyataan berkata, pemeteraian perjanjian merupakan kejayaan besar bagi Kumpulan dan akan membawa lebih banyak pemangkin untuk KMI Healthcare agar terus berkembang maju. 

“Hospital Bersalin Razif akan menjadi hospital keenam di bawah rangkaian KMI Healthcare melalui pengembangan brownfieldnya,” katanya. 

— Utusan Malaysia 

Plan Your Visit

Select Your Doctor

Select Date & Time

Patient Information

Connect with Our Doctors

Search our network to locate the nearest medical experts ready to help.


Looking for a hospital-specific contact?

Whether you have questions, feedback, or need more information, feel free to write to us or complete the form below. Our team is ready to assist you.

KMI Healthcare Headquarters

Members of the media who are interested in interviewing the clinical professionals, researchers and other health experts at our KMI Healthcare can contact our Corporate Communications Department at kmi.corpcomm@tdmberhad.com.my or send your requests using our online Media Request Form.