KUALA LUMPUR 24 Okt – Dalam makluman di Bursa Malaysia Securities Bhd, TDM berkata KMI telah memeterai perjanjian penjualan saham dengan Datuk Mohd Razif Abdul Aziz dan Datin Norana binti Yacob untuk membeli 100 peratus kepentingan dalam Hospital Bersalin Razif Sdn Bhd (HBR). 

TDM akan membiyai pemerolehan melalui pembiayaan bank. 

Pengambilalihan HBR, adalah pelan strategik untuk pengembangan jenama KMI bagi mewujudkan nilai ekonomi yang lebih baik dan potensi pendapatan untuk TDM. 

Dalam kenyataan medianya, TDM memaklumkan bahawa Hospital Bersalin Razif akan menjadi hospital ke-6 di bawah rangkaian KMI Healthcare melalui pengembangan ‘brownfield’ nya. 

Dalam ucapannya, Tengku Seri Bijaya Raja (Dato’ Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil), Pengerusi TDM Berhad berkata pemeteraian perjanjian antara KMI Healthcare dan Hospital Bersalin Razif merupakan satu lagi kejayaan besar bagi Kumpulan dan akan membawa lebih banyak pemangkin untuk KMI Healthcare agar terus berkembang maju. 

Hospital Bersalin Razif mempunyai kapasiti katil sebanyak 35 dengan lebih 20 tahun wujud di Klang, Selangor. 

— Johardy Ibrahim

Plan Your Visit

Select Your Doctor

Select Date & Time

Patient Information

Connect with Our Doctors

Search our network to locate the nearest medical experts ready to help.


Looking for a hospital-specific contact?

Whether you have questions, feedback, or need more information, feel free to write to us or complete the form below. Our team is ready to assist you.

KMI Healthcare Headquarters

Members of the media who are interested in interviewing the clinical professionals, researchers and other health experts at our KMI Healthcare can contact our Corporate Communications Department at kmi.corpcomm@tdmberhad.com.my or send your requests using our online Media Request Form.