KUALA LUMPUR 17 Julai – Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, cadangan pengambilalihan tanah itu membolehkan KMI Assets membina hospital swasta yang dikendalikan oleh anak syarikat mereka yang akan dimaklumkan kemudian. 

Katanya, pembangunan hospital swasta itu adalah bersesuaian dengan strategi dan rancangan TDM untuk pengembangan jenama KMI Healthcare di kawasan lain di Pantai Timur Malaysia dan pada masa yang sama mewujudkan nilai ekonomi serta potensi pendapatan untuk kumpulan itu. 

“Nilai yang ditetapkan itu adalah berdasarkan kesediaan kedua-dua pihak penjual serta pembeli selepas mengambil kira kedudukan yang hampir dengan pekan Cukai yang meningkatkan prospek pembangunan bangunan hospital swasta. 

“Deposit akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman manakala baki harga belian akan disediakan melalui dana yang dijana secara dalaman dan kemudahan bank. 

“Pada kekita ini, adalah awal bagi Kumpulan TDM untuk memastikan pecahan tepat antara dana yang dijana secara dalaman dan kemudahan bank,”katanya. 

Cadangan pengambilalihan tanah itu dijangka tidak memberi kesan kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. 

Bagaimanapun, ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan itu pada masa hadapan. 

— Nor Azan Fitri Ahmad Hidzir

Plan Your Visit

Select Your Doctor

Select Date & Time

Patient Information

Connect with Our Doctors

Search our network to locate the nearest medical experts ready to help.


Looking for a hospital-specific contact?

Whether you have questions, feedback, or need more information, feel free to write to us or complete the form below. Our team is ready to assist you.

KMI Healthcare Headquarters

Members of the media who are interested in interviewing the clinical professionals, researchers and other health experts at our KMI Healthcare can contact our Corporate Communications Department at kmi.corpcomm@tdmberhad.com.my or send your requests using our online Media Request Form.