KUALA TERENGGANU, 21 Januari – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama dengan Taiwan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dalam bidang ini.

“Taiwan mempunyai kepakaran dan teknologi yang jauh lebih canggih berbanding Malaysia dalam bidang ini.

“Oleh itu, kerajaan akan pertimbangkan untuk jalin kerjasama dua hala bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Lawatan daripada Rombongan Chung Shan Universiti Hospital Taiwan ke Terengganu di Hotel Primula, baru-baru ini.

Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Medic Iman Sdn.Bhd, Mat Yula Kasim.

Tambah Dr. Alias, komponen industri pelancongan turut mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi pulangan pendapatan kepada negara melalui nilai tukaran wang asing.

Jelasnya lagi, Terengganu mempunyai banyak tempat menarik yang sesuai dijadikan pusat pemulihan bagi pesakit-pesakit yang mencari ketenangan, salah satunya adalah Tasik Kenyir yang merupakan Tasik terbesar di Asia Tenggara.

“InsyaAllah kerajaan akan menilai untuk membina pusat rehab di kawasan Tasik Kenyir dengan kerjasama daripada pihak Taiwan bagi memudahkan rakyat mereka merasai sendiri keindahan alam semulajadi di Terengganu sambil membuat rawatan disini,” tambah beliau.

Sementara itu, Penyelaras Pelaburan, Dato’ Tok Teng Sai berkata, sempena majlis yang diadakan menjadi titik permulaan kerjasama antara negara Taiwan dan Kerajaan Terengganu dalam bidang perubatan.

Mengulas lanjut, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Medic Iman Sdn.Bhd, Mat Yula Kasim berkata, jika kerjasama ini berjaya, ia dapat mendedahkan pengetahuan baharu kepada kakitangan Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) dengan menghantar mereka ke negara tersebut untuk sesi latihan.

“Melalui kerjasama ini juga KMI komited dalam usaha untuk menambahkan lagi bilangan katil kepada 1,000 unit dalam tempoh lima tahun akan  datang berbanding bilangan semasa sebanyak 407 unit,” katanya.

Plan Your Visit

Select Your Doctor

Select Date & Time

Patient Information

Connect with Our Doctors

Search our network to locate the nearest medical experts ready to help.


Looking for a hospital-specific contact?

Whether you have questions, feedback, or need more information, feel free to write to us or complete the form below. Our team is ready to assist you.

KMI Healthcare Headquarters

Members of the media who are interested in interviewing the clinical professionals, researchers and other health experts at our KMI Healthcare can contact our Corporate Communications Department at kmi.corpcomm@tdmberhad.com.my or send your requests using our online Media Request Form.