Kuala Lumpur – Itu antara fokus dan matlamat pembinaan hospital mesra ibadah oleh Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) yang semakin berkembang di seluruh negara.

KMI Healthcare sebelum ini pernah menerbitkan e-buku Panduan Solat & Doa Amalan Bagi Pesakit berdasarkan rujukan Panduan Bersuci & Bersolat Bagi Pesakit oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersesuaian dengan prinsip Syarak yang bercirikan fleksibel, maslahah, mudah dan praktikal.

Terbaru KMI Healthcare di bawah TDM Berhad menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan di Perlis dengan kerjasama Pembangunan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) semalam.

Ketua Pengarah Eksekutif KMI Healthcare, Dr. Rayney Azmi Ali, berkata, Perlis menjadi pilihan disebabkan permintaan oleh masyarakat setempat dan juga saranan kerajaan negeri Perlis.

“Ia juga adalah sebahagian dari pelan pembangunan strategik lima tahun KMI Healthcare untuk memperkembangkan perniagaan kesihatan kami supaya lebih berdaya saing.

“Dalam masa sama, KMI juga mengimbangkan kedudukan hospital di Pantai Timur Malaysia, khususnya bandar utama seperti di Kuala Terengganu, Kuantan, Pahang dan InsyaAllah di Kemaman dan juga Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata, hospital mesra ibadah akan menarik perhatian rakyat Perlis untuk mendapatkan rawatan di sini.

“Selain daripada memberi manfaat dari sudut kesihatan, saya juga mengharapkan peluang pekerjaan dapat disediakan buat warga Perlis.

“MoU yang termeterai ini dapat menjalinkan hubungan yang erat di antara kedua negeri ini dan seterusnya paling penting menjadi antara pilihan utama rakyat Perlis dan penduduk sekitarnya dalam mendapatkan penjagaan kesihatan,” katanya.

Majlis MOU itu turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

— Nisaa Iryanie Azhar

Plan Your Visit

Select Your Doctor

Select Date & Time

Patient Information

Connect with Our Doctors

Search our network to locate the nearest medical experts ready to help.


Looking for a hospital-specific contact?

Whether you have questions, feedback, or need more information, feel free to write to us or complete the form below. Our team is ready to assist you.

KMI Healthcare Headquarters

Members of the media who are interested in interviewing the clinical professionals, researchers and other health experts at our KMI Healthcare can contact our Corporate Communications Department at kmi.corpcomm@tdmberhad.com.my or send your requests using our online Media Request Form.